Sekolah
Rendah Kerajaan Binyu, Kuching, yang nama asalnya Kampong Binyu District Council
School telah dibina di sebelah hulu Bukit Paok, berhampiran dengan Kampong Binyu.
kurang lebih seratus ela dari tebing Sungai Sebayor.
Nadi
penggerak utama penubuhan sekolah tersebut ialah kesedaran tentang kemahuan
ilmu pengetahuan ketika itu dan dorongan beberapa orang penduduk kampong yang
berpengaruh. Atas semangat kesedaran inilah lalu tertubuhnya ahli jawatankuasa
tersebut dianggotai oleh wakil ketua kampong binyu sebagai penasihatnya,
seorang pengerusi, seorang setiausaha dan empat orang ahli jawatankuasa.
PENASIHAT : Wakil ketua kampong, Encik Lias Bin Wen
PENASIHAT : Wakil ketua kampong, Encik Lias Bin Wen
PENGERUSI : Encik Engke Bin Mohamad
SETIAUSAHA : Encik Lihi Bin Amin
AHLI
JAWATANKUASA :Abang Bin Mohamad,
Bujang Bin Ali, Hip Bin Onot,
Deris Bin Bujang.
Kesemua ahli jawatankuasa tersebut pergi ke Kuching berunding dengan pengerusi majlis daerah luar Bandar serta beberapa orang pegawai majlis yang lain mengenai cadangan untuk membuka sebuah sekolah di kampung Binyu dan cara-cara mengendalikan projek pembinaan sekolah. Rundingan tersebut telah menampakkan kejayaan apabila pihak majlis luar Bandar kuching bersetuju menghantar seorang guru ke kampong tersebut.
Dengan semangat kerjasama penduduk
kampong maka dalam tahun 1966 berdirilah sebuah bangunan sekolah iaitu kampong
binyu district council school. Bangunan inilah yang menjadi lambing kemegahan
penduduk kampung. Bangunan sekolah tersebut dibina daripada bahan tempatan yang
murah dan mudah didapati. Atap dan dindingnya dibuat daripada daun nipah,
bertiang nibung dan berlantaikan tanah.
Guru yang pertama dihantar untuk
mengajar disekolah tersebut ialah cikgu Ramzi Bin Ahmad dengan pengambilan
murid seramai 37 orang. Apabila sekolah ini siap dibina, pada penghujung tahun
1966, maka tahun berikutnya iaitu pada 16 januari 1967, sekolah dibuka dengan
rasminya. Dengan itu juga bermulalah satu sejarah baru yang sukar untuk
dilupakan oleh penduduk kampung binyu apabila melihat anak-anak mereka yang
dulunya hanya bermain lumpur kini dengan megah sekali melangkahkan kaki ke
“gedung ilmu”.
Kegembiraan dan kemegahan tidak
bertahan lama. Bahan yang mudah dan murah juga pun tidak tahan lama. Pada 13
januari 1968, berlakulah peristiwa sedih yang menyayat hati murid-murid apabila
sekolah yang menjadi kemegahan penduduk kampung telah musnah dan ranap ditiup
angin dan badai. Nasib buruk itu telah menyebabkan pelajaran tergendala untuk
beberpa ketika. Hal ini telah dikemukakan kepada kerajaan khasnya majlis daerah
luar Bandar kuching yang membiayai semua sekolah luar Bandar ketika itu.
Langkah yang diambil oleh pihak
majlis ialah dengan memberi peruntukan segera bagi menjalankan projek pembinaan
semula bangunan sekolah secara gotong-royong. Projek pembinaan baru sekolah
tersebut pada 5 april 1968 semasa cuti penggal pertama persekolahan. Bangunan
tersebut siap dan mula digunakan pada permulaan penggal kedua hingga sekarang
ini.
Penyeragaman akta pelajaran 1967 di
Malaysia menyebabkan perpindahan kuasa majlis daerah luar Bandar ke atas
sekolah-sekolah luar Bandar kepada kementerian pelajaran di bawah jabatan
tersebut. Dengan itu juga nama sekolah tersebut ditukar daripada kampung binyu
distict council school kepada sekolah rendah kerajaan kampung binyu.
Sekolah rendah kerajaan kampung
binyu telah memberi khidmat kepada semua penduduk kampung yang terdiri daripada
kaum melayu dan cina. Terdahulu daripada itu, satu jawatankuasa di sekolah
ditubuhkan dan jawatankuasa sementara dibubarkan. Semua urusan sekolah
bergantung kepada budi bicara jawatankuasa tersebut dengan mengenepikan peranan
guru besar yang sepatutnya bergerak cergas untuk mengurus dan memajukan sekolah
tersebut. Inilah kelemahan yang timbul daripada kesamaran dan ketidakfahaman
mengenai bidang kuasa masing-masing dan menyebabkan kelembapan dan pencapaian
akademik dan pengurusan sekolah tersebut.
Perkembangan dan kemajuan sekolah
tersebut sentiasa mengikut selera ahli jawatankuasa tersebut. Hal ini segera
dapat diatasi apabila kementerian pelajaran Malaysia mengambil alih semua hal
ehwal sekolah dan memberi kuasa kepada guru besar untuk mentadbir atau
menguruskan sekolah tersebut. Dengan itu kecemerlangan dan kejayaan muncul walaupun
secara perlahan hingga seperti yang ada sekarang.
SEKOLAH LAMA 1967
Diperbuat hanya
dengan daun atap dan tiang nibung. Musim-musim hujan atau landas, sekolah ini
di dalam keadaan bahaya kerana angin kuat dan hujan berlebihan.
SEKOLAH BAHARU 1968
SEKOLAH BAHARU 1968
Sekolah ini telah
dibuat dengan bantuan kerajaan negeri. Kesemuanya dengan tegap dan kuat akan
tetapi hanya lantainya tidak disimenkan. Ini selalu memberi kesusahan kepada
guru-guru dan murid-murid apabila musim hujan mana terdapat sangat licin atau lecak
lantainya.
JAWATANKUASA SEKOLAH RENDAH KERAJAAN BINYU
Setelah jawatankuasa sementara penubuhan sekolah binyu dibubarkan, satu jawatankuasa yang disebut sebagai jawatankuasa sekolah telah ditubuhkan bagi mengurus dan memajukan sekolah.
Setelah jawatankuasa sementara penubuhan sekolah binyu dibubarkan, satu jawatankuasa yang disebut sebagai jawatankuasa sekolah telah ditubuhkan bagi mengurus dan memajukan sekolah.
Mesyuarat agung
telah diadakan bagi memilih ahli jawatankuasa pada 27 november 1967. Malangnya
catatan tentang jawatankuasa yang telah tertulis tidak ditemui. Bagaimanapun
adalah dipercayai jawatankuasa berkenaan kekal disandang oleh anggota dari
jawatankuasa sementara penubuh sekolan binyu. Ini berlandaskan
nasional bahawa mereka telah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan
sekolah rendah kerajaan binyu dan penubuhan jawatankuasa sekolah masih dalam
suasana kesyukuran penduduk setempat mempunyai satu-satunya sekolah di kampung
mereka. Perkembangan
jawatankuasa sekolah seterusnya tidak diketahui justeru ketiadaan rekod-rekod
yang dapat menggambarkannya. Mata rantai ini berterusan hinggalah ke tahun
1980.
Pada 11 september
1980, pihak sekolah memanggil suatu mesyuarat bagi pemilihan ahli jawatankuasa
sekolah yang baru. Dalam mesyuarat tersebut majlis telah memilih:
Penasihat:
En. Lias Bin Wen
En. Lias Bin Wen
Pengerusi:
En. Jinal Bin Baki
En. Jinal Bin Baki
Setiausaha:
En. Noni Bin Abeng
En. Noni Bin Abeng
Bendahari:
En. Kawi Bin Abeng
En. Kawi Bin Abeng
Ahli-ahli
jawatankuasa:
1- En.
Semawi Bin Abang
2- En.
Cundit Bin Abeng
3- En.
Lasa Bin Lempeng
4- En.
Sam Bin Zaini
5- En. Bujang Bin Mud
5- En. Bujang Bin Mud
No comments:
Post a Comment