Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SK Binyu 2017 telah
diadakan secara ringkas di tapak perhimpunan SK Binyu pada 23 Januari 2017.
Seramai lapan orang pengawas baharu telah dilantik untuk membantu guru
melaksanakan dan melancarkan urusan pentadbiran sekolah sesi 2017.
Watikah Pelantikan Pengawas telah disampaikan oleh En. Rasidi Bin Harun,
selaku Guru Besar SK Binyu dengan diiringi oleh Guru Penolong Kanan HEM iaitu En. Othman Bin Unek.
Selesai Majlis Pelantikan Pengawas, selepas tamat PdP sekolah pada hari tersebut juga semua pengawas baharu telah diberikan taklimat tentang Panduan Tugas Pengawas Sekolah oleh Ketua Guru Disiplin Baharu, En. Khairulaizam Bin Abdul Rahman. Ketua Guru Disiplin menyampaikan amanat daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Othman Bin Unek berkenaan dengan konsep tugas seorang pengawas sekolah. Mereka turut didedahkan tentang objektif dan rasional menjadi pengawas sekolah.
No comments:
Post a Comment